Mari Ke Mekah Bersama Keluarga Tersayang

Pautan Lain

Terma & Syarat

SOP Norma Baharu

Soalan Lazim

Dasar Kesalamatan

Dasar Privasi

Terma & Syarat Penerimaan Tawaran Perkhidmatan Umrah

1. Pelanggan perlu menghubungi GS Travel untuk memastikan sekiranya masih ada kekosongan pada tarikh yang dipilih serta mendapat maklumat lengkap mengenai pakej tersebut.

2. Semasa berdaftar, pelanggan perlu menetapkan jenis bilik yang dikehendaki (Quad/Triple/Double). Sekiranya menempah bilik berempat (Quad), pelanggan mesti mendatagnkan empat orang atau menunggu pelanggan lain untuk menumpang sekiranya ada. Sekiranya tidak ada, pelanggan akan dicaj mengikut kekosongan jenis bilik yang sedia ada.

3. Jumlah kanak-kanak mestilah tidak melebihi 10% untuk satu PNR.kumpulan. Jika melebihi 10% diskaun kanak-kanak tidak akan terpakai dan perlu membayar harga dewasa.

4. Setiap tempahan perlu disertakan dengan wang deposit sebanyak RM1,500 atau RM500 seorang termasuk bayaran visa. Bayaran penuh perlu dijelaskan selewat-lewatnya 60 hari sebelum tarikh penerbangan bagi mengelakkan pembatalan tiket.

5. Pembayaran boleh dibuat menggunakan wang tunai/perbankan atas talian/cek/ draf bank diatas nama GS Travel melalui nombor akaun MAYBANK ISLAMIC: XXXX XXXX XXXX. Pembayaran melalui pihak ketiga tidak diterima. Bukti pembayaran perlu diserahkan kepada pihak syarikat.

6. Semua pakej umrah tertakluk kepada syarat kelulusan visa dari kerajaan Arab Saudi.

7. Aturcara perjalan dan lawatan yang ditawarkan tertakluk kepada perubahan SOP semasa oleh kerajaan Arab Saudi.

8. Setiap pelanggan diwajibkan mempunyai telefon pintar yang menyokong aplikasi Tawakkalna dan Eatmarna. Kedua-dua aplikasi ini wajib dimuat turun oleh pelanggan untuk digunapakai di Arab Saudi.

9. Setelah pengesahan umrah dibuat, sebarang perubahan kepada tempahan yang dipohon oleh pelanggan akan dikenakan caj pindaan RM300 seorang bagi setiap pindaan serta kos-kos yang terlibat kerana pindaan. Tiada perubahan yang boleh dibuat dalam masa 15 hari bekerja sebelum tarikh penerbangan.

10. Pihak GS Travel tidak boleh dipertanggungjawabkan atau menanggung kerugian bagi apa-apa perbelanjaan atau bayaran balik pakej umrah sekiranya pelanggan tidak dibenarkan keluar dan masuk negara oleh pihak imigresen kerana melanggari undang-undang Malaysia atau Arab Saudi.

11. Tiada bayaran balik atau pengurangan harga akan dibuat sekiranya pelanggan tidak mengunakan mana-mana perkhidmatan yang termasuk dalam pakej atas sebab peribadi.

12. Pelanggan yang memanjangkan tempoh tinggal di Arab Saudi untuk aktiviti.perjalan peribadi mesti mendapatkan kebenaran dari pihak GS Travel terlebih dahulu.

13. Harga yang ditunjukkan adalah harga pada masa penerbitan. Harga tertakluk kepada perubahan yang disebabkan oleh kenaikkan pada kos penerbangan, kos pengangkutan, kos hotel, kadar pertukaran matawang asing, cukai kerajaan Arab Saudi dan Malaysia. Pihak GS Travel berhak menaikkan harga pakej berdasarkan kenaikkan harga kos semasa melalui notis makluman.

14. Sekiranya terdapat perubahan tarikh dan masa oleh syarikat penerbangan atau perubahan situasi semasa keadaan di Arab Saudi yang memerlukan kepada tambahan penginapan, pengangkutan dan jadual program, pengiraan alternatif kos tambahan akan dilaksanakan dan GS Travel tidak bole dipertanggungjawabkan ke atas kos tersebut.

15. Pihak GS Travel berhak untuk membatalkan atau menarik balik sebarang tempahan dan jadual perjalan, atau enggan menerima seseorang menjadi pelanggan sekiranya dia didapati membahayakan keselamatan atau kesihatan, atau dia menganggu keselesaan dan keseronokan pelanggan lain dalam kumpulan tersebut.

16. Pihak pengurusan GS Travel berhak untuk menolak, mengubah, meminda, memadam atau menambah terma dab syarat yang dinyatakan atau menarik balik sebarang promosi pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.

Pakej Termasuk

1. Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk cukai penerbangan, cukai lapangan terbang dan surcaj bahan api.

2. Permohonan Visa Pelancongan (tertakluk kepada kelulusan dan perubahan SOP semasa kerajaan Arab Saudi):

    • Visa ini akan digunapakai dan hanya dibenarkan kepada pelanggan warganegara Malaysia, Singapura dan Brunei sahaja di kawasan Asia Tenggara.
    • Pelanggan berumur 18 tahun ke atas boleh memohon sendiri, manakala pelanggan berumur di bawah 18 tahun boleh memohon bersama penjaga.
    • Visa sah digunapakai selama setahun dari tarikh permohonan. Tempoh maksima dibenar tinggal di Arab Saudi adalah selama 3 bulan (90 hari). Visa ini adalah kemasukan berulang (multiple entry).
    • Harga visa termasuk dengan pelan insurans Covid-19 yang diwajibkan oleh kerajaan Arab Saudi.
    • Visa ini hanya terpakai kepada penerbangan berjadual (schedule flight) sahaja yang masuk melalui Terminal Antarabangsa Arab Saudi. Penerbangan sewa khas (charter flight) tidak dibenarkan menggunakan visa ini.
    • Pihak GS Travel tidak akan bertanggungjawab atas kerugian sekiranya permohonan yang diproses tidak diluluskan oleh kerajaan Arab Saudi atas faktor-faktor tertentu atau faktor keselamatan. Setiap permohonan yang tidak diluluskan hendaklah dirujuk terus kepada kedutaan Arab Saudi.
    • Atau permohonan Visa Umrah (tertakluk kepada kelulusan dan perubahan SOP semasa Arab Saudi):
      • Visa ini ini hanya akan digunapakai kepada warganegara selain Malaysia, Singapura, dan Brunei, atau mereka yang memerlukan dan tertakluk atas faktor-faktor tertentu yang akan dinilai oleh Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd.
      • Pelanggan lelaki di bawah umur 18 tahun serta pelanggan wanita berumur 45 tahun ke bawah perlu kepada mahram.
      • Pelanggan perlu mengemukakan salinan dokumen mahram yang disahkan oleh Jabatan Kerajaan berkaitan.
      • Visa sah digunapakai selama 30 hari dari tarikh dikeluarkan. Tempoh maksima dibenar tinggal di Arab Saudi adalah selama 30 hari. Visa ini adalah kemasukan sekali (single entry). Harga visa termasuk dengan pelan insurans Covid-19 yang diwajibkan oleh kerajaan Arab Saudi.
      • Pihak GS Travel tidak akan bertanggungjawab atas kerugian sekiranya permohonan yang diproses tidak diluluskan oleh kerajaan Arab Saudi atas faktor-faktor tertentu atau faktor keselamatan. Setiap permohonan yang tidak diluluskan hendaklah dirujuk terus kepada kedutaan Arab Saudi.

3. Penginapan, makan dan minum serta pengangkutan di Arab Saudi termasuk cukai seperti mana dinyatakan di dalam pakej.

4. Tempat lawatan seperti mana yang dinyatakan dalam pakej (tertakluk kepada kebenaran dan perubahan SOP semasa kerajaan Arab Saudi).

5. Barang hadiah seperti mana dinyatakan dalam pakej.

6. Air Zamzam (tertakluk kepada kebenaran semasa kerajaan Arab Saudi).

Pakej Tidak Termasuk

1. Kos rawatan, ubat-ubatan, wad dan kuarantin di hospital Arab Saudi yang tidak dilindungi atau melebihi perlindungan insurans.

2. Perkhidmatan porter atau khidmat tambahan lain di lapangan terbang atau di Arab Saudi yang tidak dinyatakan di dalam pakej.

3. Penggantian nilai barangan peribadi yang hilang di mana-mana lokasi sepanjang perjalanan dan caj lebihan timbangan bagasi.

4. Sebarang perubahan kadar matawang asing yang menyebabkan kenaikan harga penginapan, pengangkutan, tiket penerbangan, cukai penerbangan, cukai lapangan terbang dan surcaj bahan api.

5. Program lawatan atau aktiviti ke tempat yang tidak dinyatakan dalam pakej.

6. Makan dan minum yang tidak dinyatakan dalam pakej.

Pembatalan Oleh Pelanggan

1. Pelanggan berdaftar tidak dibenarkan menarik diri tanpa sebarang sebab yang kukuh.

2. Permohonan pembatalan perlu dikemukakan melalui surat dan bukti bertulis dari mana-mana organisasi (sekiranya ada) atas nama Pengarah GS Travel bagi mengelakkan salah faham.

3. Pembatalan yang melebihi tempoh 45 hari bekerja sebelum tarikh penerbangan akan dikenakan caj RM300 seorang atau 15% dari harga pakej mengikut mana yang lebih tinggi.

4. Pembatalan dalam tempoh 36 – 44 hari bekerja sebelum tarikh penerbangan akan dikenakan caj 35% dari harga pakej.

5. Pembatalan dalam tempoh 16 – 35 hari bekerja sebelum tarikh penerbangan akan dikenakan caj 50% dari harga pakej.

6. Pembatalan dalam tempoh 8 – 15 hari bekerja sebelum tarikh penerbangan akan dikenakan caj 75% dari harga pakej.

7. Pembatalan dalam tempoh 7 hari bekerja atau kurang sebelum tarikh penerbangan akan dikenakan caj 100% dari harga pakej.

8. Pelanggan yang berdaftar tertakluk kepada syarat-syarat pembatalan yang ditetapkan GS Travel

Pembatalan Disebabkan Faktor Luar Kawalan Syarikat

1. GS Travel berhak membatalkan tempahan pakej umrah jika berlaku keadaan luar jangka dan memaksa seperti pandemik, bencana alam, perang, mogok, rusuhan atau atas arahan kerajaan Malaysia dan kerajaan Arab Saudi.

2. GS Travel akan mengesyorkan tarikh alternatif yang sama nilai dengan pakej umrah yang ditempah oleh pelanggan.

3. Sekiranya pelanggan tidak menerima tawaran alternatif yang diberikan, semua wang yang telah dibayar akan dipulangkan kembali selepas ditolak caj berikut: Caj RM300 atau 15% seorang dari harga pakej (mengikut mana yang lebih tinggi) serta termasuk; Apa-apa caj penalti yang dikenakan oleh syarikat penerbangan atau; Sebarang bayaran yang telah dibayar oleh GS Travel kepada mana-mana pembekal atau pihak ketiga.

4. Pelanggan yang berdaftar tertakluk kepada semua syarat-syarat pembatalan yang telah ditetapkan oleh GS Travel.

Pembatalan Oleh Syarikat

1. Sekiranya keadaan memerlukan GS Travel membatalkan perjalanan pakej umrah disebabkan kekurangan pelanggan atau ketidakmampuan untuk memperoleh kemudahan pengangkutan atau penginapan, semua wang yang telah dibayar oleh pelanggan akan dipulangkan.

2. Pembatalan dalam tempoh 8 – 4 hari bekerja sebelum tarikh penerbangan akan diberi pampasan sebanyak RM150 seorang.

3. Pembatalan dalam tempoh 1 – 7 hari bekerja sebelum tarikh penerbangan akan diberi pampasan sebanyak RM225 seorang.

4. Pembatalan pada hari penerbangan akan diberi pampasan sebanyak RM300 seorang.

SYARAT-SYARAT PENERIMAAN TAWARAN TIKET PENERBANGAN KELAS PERNIAGAAN

NAIK TARAF TIKET (SV) KELAS PERNIAGAAN

1. Pelanggan yang menaik taraf tiket penerbangan kepada kelas perniagaan, tempahan hanya akan dilakukan selepas tiket penerbangan kelas ekonomi
dikeluarkan.

2. Tempat duduk dan jenis kelas (I / D / C / J) tertakluk kepada kekosongan semasa.

3. Bayaran deposit minima RM5,000 perlu dibuat ketika permohonan naik taraf, bayaran penuh harga tambahan perlu dibuat selewatnya 45 hari sebelum
penerbangan.

4. Tempahan hanya sah selama 1 jam sahaja. Sekiranya tiada pembayaran deposit dibuat, tempahan perlu dibuat semula tertakluk kepada kekosongan
semasa.

5. Sekiranya tiada jenis kelas yang sama ketika penerbangan pergi dan balik, pelanggan dicadangkan mengambil kelas berbeza dan harga akan berubah
mengikut jenis kelas.

6. Harga tertakluk kepada perubahan semasa syarikat penerbangan.

TEMPAHAN TIKET (SV) KELAS PERNIAGAAN ( FIT )

1. Tempahan boleh dibuat terus tanpa menunggu tiket ekonomi dikeluarkan.

2. Tempat duduk dan jenis kelas (I / D / C / J) tertakluk kepada kekosongan semasa.

3. Bayaran deposit minima RM5,000 tiket penerbangan (FIT) perlu dijelaskan ketika memohon. Bayaran penuh perlu dijelaskan 45 hari sebelum
penerbangan. Salinan muka depan passpot perlu diberikan bersama.

4. Sekiranya tiada jenis kelas yang sama ketika penerbangan pergi dan balik, pelanggan dicadangkan mengambil kelas berbeza dan harga akan berubah mengikut jenis kelas.

5. Pelanggan yang telah membayar tiket kelas ekonomi secara penuh, perbezaan harga tiket akan dipulangkan.

6. Harga tertakluk kepada perubahan semasa syarikat penerbangan.

TEMPAHAN TIKET (SV) KELAS PERNIAGAAN (BERKUMPULAN)

1. Tempahan minima tiket kelas perniagaan berkumpulan sebanyak 10 orang pelanggan.

2. Jumlah kanak-kanak tidak boleh melebihi 10% daripada jumlah kumpulan dalam satu PNR.

3. Tempat duduk tertakluk kepada kekosongan semasa.

4. Bayaran deposit minima RM5,000 kelas perniagaan (berkumpulan) perlu dijelaskan ketika memohon, bayaran penuh perlu dibuat selewatnya 45 hari
sebelum penerbangan.

5. Harga tertakluk kepada perubahan semasa syarikat penerbangan.

NAIK TARAF TIKET (MH) KELAS PERNIAGAAN

1. Tempat duduk tertakluk kepada kekosongan semasa.

2. Bayaran deposit minima RM3,000 perlu dibuat ketika permohonan naik taraf dilakukan, bayaran penuh harga tambahan perlu dibuat selewatnya 45 hari
sebelum penerbangan.

3. Bilangan tempat duduk terhad kepada 6 kekosongan sahaja setiap penerbangan.

4. Harga tertakluk kepada perubahan semasa syarikat penerbangan.

PEMBATALAN

NAIK TARAF TIKET KELAS PERNIAGAAN & TEMPAHAN TIKET KELAS PERNIAGAAN (FIT)

1. Pelanggan yang menaik taraf tiket kelas ekonomi kepada tiket kelas perniagaan atau membuat tempahan tiket kelas perniagaan FIT tidak dibenarkan
membuat pembatalan setelah tiket penerbangan dikeluarkan.

2. Sekiranya masih ingin membuat pembatalan, pelanggan akan dikenakan caj tambang penuh tiket kelas perniagaan yang telah dikeluarkan.

TEMPAHAN TIKET KELAS PERNIAGAAN (BERKUMPULAN)

Bagi tiket kelas perniagaan berkumpulan, pelanggan yang membuat pembatalan akan dikenakan caj tambang tiket seperti berikut:

 

    1. Dalam tempoh 60 hari dari tarikh penerbangan – 15% daripada harga tambang
    2. Dalam tempoh 59 hari – 30 hari dari tarikh penerbangan- 25% daripada harga tambang
    3. Dalam tempoh 29 hari – 15 hari dari tarikh penerbangan – 50% daripada harga tambang
    4. Dalam tempoh 14 hari – Tiada bayaran balik tambang tiket penerbangan diberikan.

SYARAT-SYARAT PENERIMAAN TAWARAN PAKEJ MAKAN FULLBOARD

1. Definisi pakej makan yang biasa digunapakai oleh pihak hotel Arab Saudi terdiri seperti berikut.

    • Fullboard – Sarapan pagi, makan tengahari dan malam secara bufet.
    • Bed Breakfast – Sarapan pagi secara bufet.

2. Pakej makan Fullboard di Arab Saudi terbahagi kepada beberapa kelas.

    • Fullboard International – Pelbagai jenis menu makanan antarabangsa sebanyak 3 kali sehari dihidang secara bufet.
    • Fullboard Far East – Pelbagai jenis menu makanan Asia sebanyak 3 kali sehari dihidang secara bufet.
    • Fullboard Far East Ekonomi – Jenis menu makanan Asia yang minima sebanyak 3 kali sehari dihidang secara bufet.

3. Pakej makan yang disediakan di hotel Makkah adalah Bed Breakfast International manakala di hotel Madinah adalah Fullboard Far East Ekonomi.

4. Pelanggan boleh memilih untuk menaik taraf pakej makan dari Bed Breakfast International kepada Fullboard International atau naik taraf pakej makan Fullboard Far East Ekonomi kepada Fullboard International sahaja.

5. Sekiranya salah seorang pelanggan memilih menaik taraf pakej makan, semua pelanggan dalam bilik yang sama wajib menaik taraf pakej makan
jenis yang sama.

6. Sekiranya pelanggan tidak sempat menempah naik taraf pakej makan sebelum penerbangan, pelanggan boleh membuat tempahan secara terus di restoran hotel dan bayaran boleh dibuat secara tunai atau melalui kad bank.

SYARAT-SYARAT PENERIMAAN TAWARAN BILIK KHAS HOTEL MAKKAH

1. Tempahan naik taraf bilik khas tertakluk kepada kekosongan semasa. Tempahan perlu dibuat sebulan sebelum penerbangan.

2. Bayaran penuh bagi naik taraf bilik khas perlu dibuat ketika permohonan.

3. Bilik Side Haram View menampakkan sekurang-kurangnya sebahagian dari bangunan Masjid Al Haram dan bilik Kaabah View menampakkan
sekurang-kurangnya sebahagian dari Kaabah.

4. Pembatalan tempahan bilik khas perlu dilakukan 2 minggu sebelum penerbangan. Sekiranya pelanggan membuat pembatalan tempahan kurang 2
minggu sebelum penerbangan, tiada pulangan wang akan diberikan.

TERMA DAN SYARAT UMUM HHR

1. Harga pakej yang ditawarkan adalah bagi perjalanan sehala berdasarkan musim biasa.

2. Harga pada musim puncak dan Ramadan mungkin berbeza tertakluk kepada perubahan semasa syarikat HHR dan syarikat pengendali pengangkutan Arab Saudi.

3. Pelanggan hanya ditawarkan pakej perjalanan dari stesen Madinah ke stesen Makkah dan sebaliknya sahaja.

4. Pelanggan perlu memilih pengangkutan yang sesuai berdasarkan bilangan minima yang telah ditetapkan pada pakej.
Sekiranya pelanggan memilih pengangkutan dan tidak dapat memenuhi bilangan minima, harga yang ditawarkan akan berubah.

5. Pelanggan perlu membuat bayaran penuh harga tempahan ini ketika memohon.

6. Sebarang perubahan atau pembatalan tempahan tertakluk kepada terma dan syarat syarikat HHR dan pengendali pengangkutan serta kos yang terlibat.

TERMA DAN SYARAT HHR

1. Kanak-kanak (2 hingga 12 tahun) mesti ditemani oleh orang dewasa (18+) dalam kumpulan. Bayi di bawah umur 2 tahun mesti ditemani oleh orang dewasa pada nisbah 1:1.

2. Bayi bawah 2 tahun tidak akan menerima tempat duduk dalam Kelas Perniagaan atau Ekonomi.

3. Pelanggan hanya dibenarkan membawa satu bagasi utama bersaiz 65x55x35cm atau yang lebih kecil saiznya ketika menaiki HHR. Berat maksima bagasi
ialah 25kg. Pelanggan dibenarkan membawa beg tambahan seperti beg silang, beg komputer riba, beg kamera atau yang sama masuk sepertinya. Tempat
daftar bagasi akan dibuka 2 jam sebelum berlepas.

4. Pelanggan mesti membawa pasport ketika dalam perjalanan untuk pengesahan nama dan umur.

5. Pelanggan bertanggungjawab untuk memastikan telah memegang tiket yang sah untuk keseluruhan perjalanan.

6. Pintu masuk akan ditutup 10 minit sebelum waktu berlepas yang dinyatakan.

7. Pejabat tiket akan ditutup 20 minit sebelum berlepas untuk jualan dan pertanyaan berkaitan perkhidmatan berlepas.

8. Pelanggan mesti menaiki koc dan tempat duduk yang diperuntukkan mengikut tiket yang diberi.

9. Demi keselamatan, kanak-kanak mesti diawasi pada setiap masa.

10. Pelanggan berhak mendapat bayaran balik dan/atau pampasan selaras dengan komitmen Piagam Penumpang HHR apabila perkhidmatan dibatalkan atau melebihi 2 jam jika keadaan dalam kawalan HHR.

11. Apabila perkhidmatan dibatalkan kerana situasi tidak dijangka, HHR akan dikecualikan daripada memberi pampasan kepada pelanggan selaras dengan Piagam Penumpang, selain daripada menyediakan bayaran balik penuh kepada pelanggan.

12. Jika pelanggan datang lewat ke pintu masuk, tempahan akan dibatalkan oleh HHR dan tiada pulangan bayaran tiket.

13. Semua tiket tidak boleh dipindah milik, dan hanya boleh digunakan oleh orang yang dinamakan pada tiket.

14. Pihak HHR berhak untuk meminda harga tiket pada bila-bila masa. HHR juga berhak untuk membatalkan, meminda atau menjadualkan semula sebarang tawaran promosi tanpa notis.

15. Pelanggan dilarang membawa senjata dan barang yang tajam (gunting/pisau/dll).

16. Makanan dan minuman luar tidak dibenarkan dibawa ke dalam HHR.

PERUBAHAN & PEMBATALAN TIKET HHR

Perubahan dibenarkan dengan caj bayaran

1. 24 jam sebelum berlepas: Kelas Ekonomi – 10% dari harga tiket; Kelas Perniagaan – PERCUMA.

2. 24 jam – 20 min sebelum berlepas: Kelas Ekonomi – 20% dari harga tiket; Kelas Perniagaan – 10% dari harga tiket.

3. Kurang 20 min sebelum berlepas: Tiada perubahan dibenarkan.

Pembatalan dibenarkan dengan caj bayaran

1. 24 jam sebelum berlepas: Kelas Ekonomi – 20% dari harga tiket; Kelas Perniagaan – PERCUMA.

2. 24 jam – 20 min sebelum berlepas: Kelas Ekonomi – 50% dari harga tiket; Kelas Perniagaan – 35% dari harga tiket.

3. Kurang 20 min sebelum berlepas: Tiada pembatalan dibenarkan.

Perlukan Bantuan?

Sebarang pertanyaan mengenai pakej kami, sila hubungi kami dengan menekan butang whatsapp. Anda pasti kagum dengan tawaran pakej dari kami.

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah saw. bersabda: "(Pahala) satu kali Umrah sampai Umrah (berikutnya, dapat) menghapus dosa yang terjadi antara keduanya. Dan Haji yang mabrur (diterima Allah) tiada balasannya melainkan Syurga."

- Sahih Bukhari (No : 1650), Sunan Ibn Majah (No : 2879, Musnad Ahmad (No : 9569, 15146)

Tempah Sekarang

Alamat

19-2, Jalan Dataran Selayang 1, Dataran Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor